acaun bagi dunia
- Bacinskaja pada tahun 1914, telah menyatakan bahawa minuman ini efektif untuk kegiatan perut serta usus, khususnya pada bahagian pembuangan. Beliau merekomendasikan untuk meminum segelas kecil sebelum makan dan meningkatkan takarannya secara berangsur-angsur untuk mendapatkan khasiat yang nyata dari minuman ini.
- Professor S. Bazarewski mengemukakan dalam suatu laporan di "Correspondence for the Association of Nature Researchers in Riga",1915, bahawa diantara para penduduk Latvia di Propinsi Rusia Baltic, iaitu di Livland dan Kurland, mereka mempunyai ubat tradisional yang bernama "Brinum Ssene" yang secara harfiah diterjemahkan sebagai "Jamur Ajaib" /Cendawan Ajaib.
- Penduduk Latvia menggambarkan jamur/cendawan ini sebagai "Suatu kekuatan penyembuhan yang ajaib untuk berbagai macam penyakit" sesuai dengan uraian Bazarewski. Beberapa orang penduduk yang ditanyai oleh Bazarewski menyatakan bahawa jamur/cendawan ini bisa menyembuhkan pusing/sakit kepala, tetapi yang lain juga menyatakan kepadanya bahawa "jamur/cendawan ini sangat berguna dalam menyembuhkan berbagai macam penyakit dalaman dan juga luaran".